I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 18 July 2011

PEBACAAN YANG MUNGKIN MEMBAWA PERUBAHAN

assalammualaikum...
setelah lama tidak menulis post baru..kali ini dengan penuh bermakna...
saya memang meminati untuk membaca novel..
tidak kisahlah ia berkisar tentang cinta ke keluarga ke...tp novel yang saya baca kali ini cukup membuat saya teruja.,bukan ini memuja novel ini..tetapi kadang-kala pembacaan seperti ini memberi keinsafan...
novel yang di tulis oleh RAMLEE AWANG MURSHID ini cukup membuat peminat novel sentiasa mengikuti siri novel ini..kali telah sampai di siri yang ke 5...novel ini bertajuk 'SUTERA BIDADARI'..mungkin sesetengah pembaca menganggap novel seperti ini terlalu melangkaui pemikiran manusia..namun keajaiban boleh terjadi dengan keagungan dan kekuasaan yang dimilikki oleh ALLAH S.W.T....cerita ini mengisahkan seorang manusia biasa sama seperti manusia yang lain....tetapi kerana kecintaan nya kepada ALLAH S.W.T. membuatkan semua  makhluk didunia ingin melawani nya kerana ia membawa agama yang mulia iaitu agama ISLAM...Saifudin atau gelaran yang diberi iaitu laksamana sunan..laksamana ini telah dididik oleh wali sufi di aceh tentang islam, silat pertahankan diri dan sentiasa berpegang kepada TUHAN yang satu...walaupun dalam keadaan sakit dan sihat sekali pun dia tidak pernah lupa akan TUHAN NYA..mulut , hati dan lidah nya sentiasa dibasahi oleh zikirullah...walaupun diancam oleh syaitan , iblis namun dia sentiasa percaya bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa menolong hamba Nya...dia juga seorang yang sentiasa menjaga adab pergaulan terutama nya dengan wanita...batasan sentiasa dijaga...paling menarik ketika sedang berlawan dengan iblis...dia tidak terburu-buru membuat serangan namun pada awal peperangan dia akan sentiasa bertanya adakah mahu lawan nya itu memdengar tawaran yang dibuat...tawaran tersebut ialah dia mana lawan nya perlu bertaubat dan kembali kejalan yang diredhai..jika lawannya itu menolak..laksamana itu akan perangi sehingga abis-abisan....jika saudara/saudari ini mengikuti watak-watak lain..baca la novel ini...

1 comment: