I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 23 August 2011

KlAS DEC (PNS)

assalammualaikum...
da lama lin x update blog...ari ni minggu terakhir sebelum nk cuti raya..
mase berlalu ngan cepat kn...sekrg da nk raya..
begitu juga lynn kt poli nilai nie...mase mula2 masuk sem 1...
sekrg da sem 3.. klo diikutkan tinggal 1 setengah tahun lagi untuk dapat kt segulung diploma..
cite pasal poli nie...klas lynn ialah DEC (diploma e-commerce)
klas nie terdiri daripada 32 org mula nya...sekrg da 33 org..betambah la AHLI KELUARGA kami..
lelaki ade 10 org prmpn ade 23 org...
lynn da anggap klas nie mcm keluarga sendiri..harap yg lain pown cm tu la...
x salah untuk kita merapatkan silaturahim....membina hubungan yang baik...
lynn juga harap yg perhubungan klas ini akan berterusan sampai bila2 pown...
ape yg lynn harap rasenyer ia juga harapan semua ahli klas dec kn..
kami da merasai pahit , gentir , suka dan duka dalam perjalanan kami..dan lynn x kn lupakan kenangan yang pernah ada di dalam memori DEC3..
SELAMAT BERJUANG KAWAN-KAWAN KU...:)

I LOVE U DEC3 <3<3<3

BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH...

sekian daripada saya....terima kasih kerana membaca... 
saya mohon seribu keampunan jika kesalahan tutur kata dan perbuatan yang tidak menyenangkan...MAAP...!!!
senyum clalu ye....^_^


Monday 18 July 2011

PEBACAAN YANG MUNGKIN MEMBAWA PERUBAHAN

assalammualaikum...
setelah lama tidak menulis post baru..kali ini dengan penuh bermakna...
saya memang meminati untuk membaca novel..
tidak kisahlah ia berkisar tentang cinta ke keluarga ke...tp novel yang saya baca kali ini cukup membuat saya teruja.,bukan ini memuja novel ini..tetapi kadang-kala pembacaan seperti ini memberi keinsafan...
novel yang di tulis oleh RAMLEE AWANG MURSHID ini cukup membuat peminat novel sentiasa mengikuti siri novel ini..kali telah sampai di siri yang ke 5...novel ini bertajuk 'SUTERA BIDADARI'..mungkin sesetengah pembaca menganggap novel seperti ini terlalu melangkaui pemikiran manusia..namun keajaiban boleh terjadi dengan keagungan dan kekuasaan yang dimilikki oleh ALLAH S.W.T....cerita ini mengisahkan seorang manusia biasa sama seperti manusia yang lain....tetapi kerana kecintaan nya kepada ALLAH S.W.T. membuatkan semua  makhluk didunia ingin melawani nya kerana ia membawa agama yang mulia iaitu agama ISLAM...Saifudin atau gelaran yang diberi iaitu laksamana sunan..laksamana ini telah dididik oleh wali sufi di aceh tentang islam, silat pertahankan diri dan sentiasa berpegang kepada TUHAN yang satu...walaupun dalam keadaan sakit dan sihat sekali pun dia tidak pernah lupa akan TUHAN NYA..mulut , hati dan lidah nya sentiasa dibasahi oleh zikirullah...walaupun diancam oleh syaitan , iblis namun dia sentiasa percaya bahawa ALLAH S.W.T. sentiasa menolong hamba Nya...dia juga seorang yang sentiasa menjaga adab pergaulan terutama nya dengan wanita...batasan sentiasa dijaga...paling menarik ketika sedang berlawan dengan iblis...dia tidak terburu-buru membuat serangan namun pada awal peperangan dia akan sentiasa bertanya adakah mahu lawan nya itu memdengar tawaran yang dibuat...tawaran tersebut ialah dia mana lawan nya perlu bertaubat dan kembali kejalan yang diredhai..jika lawannya itu menolak..laksamana itu akan perangi sehingga abis-abisan....jika saudara/saudari ini mengikuti watak-watak lain..baca la novel ini...

Tuesday 5 April 2011

WiNdU MaMa n Abah...=)

assalammualaikum....
maaf la ye..da lame x update blog nie..
biase la org stdy...sibuk la sikit...
tp dalam sibuk-sibuk pun..family tetap di rindui...
huh...rasa macam da lame x blk rumah,...rindu giler kt rumah..
tp klo blk pown mcm2 nk kne selesai kan...
serabut jugak kadang-kadang nk kne pikir yang terbaik untuk diri...
papew pown..klo da besar nie..kne la wt keputusan yang baik..
kne pikir baik buruk nya..tp saya tetap nak BALIK ...!!!
huhuhu....adk saya kata "BALIK LAH CEPAT"
....saya pown terpikir...kne balik nie....
petang nie <MAMA n ABAH>
dtg ambil saya di hostel..
waaaaaaaaaaaaaaa...!!!!
BALIK...!!!

Monday 28 February 2011

tajuk blog

assalammualaikum..



mungkin ramai yang tanya kenapa saya memilih untuk menulis blog tajuk kecintaan...ade yang anggap saya pilih tajuk tu sebab saya 'kesunyian' maybe kowt..entah lah..pasal cinta..banyak sebenarnya maksud nya...salah satu nya la kn...cinta kepada insan yang istimewa..insan yang akan bersama kita..insan yang akan tunggu kita di syurga nanti..insan yang memahami kita...insan yang jujur,....yang kita saling sayang menyayangi...tergerak hati saya untuk menulis begitu,..tp bagi saya belum tiba mase nye untuk saya memikirkan asal soal hati dan perasaan..dan bagi umur yang begini bukan waktu yang sesuai..banyak yang sebenarnya jika terlintas pasal cinta...bukan senang untuk buat keputusan tentang hidup kita...bukan senang untuk jage perasaan kita dan orang lain...bukan senang untuk memikirkan apa yang terbaik untuk kita....dan " kita hanya merancang kerana yang menentukanya ialah ALLAH S.W.T.'... 




wahai pemuda dan pemudi disana pikirlah masa depan..
bukan la pikir kesenangan pada masa kini..
pikir la ibu bapa yang masih ada..
kerana manusia yang baik adalah manusia yang memikirkan keluarga lebih daripada diri sendiri.......


Wednesday 23 February 2011

IBU DAN AYAH.....

Pada kali ini saya akan menceritakan tentang ibubapa...
setiap manusia mempunyai ibubapa masing-masing...
tetapi adakah semua nyer mengasihi dan menyayangi ibu bapa nya,??
mesti la anda akan jawab iya...tp sejauh manakah kebenarannya...
renung-renung kan la...jgn la anda tergolong dalam golongan anak derhaka..
moga kita semua menjadi anak yang SOLEH dan SOLEHAH..
amin...amin...ya rabbalalamin....

kita hanya la manusia biasa..
kesilapan dan kesalahan akan terjadi..namun
ingatlah bahawa ALLAH S.W.T itu maha pengampun...
bertaubat la sebelum terlambat...

sentiasa lah berdoa kepada ibubapa..
kerana sebagai sebagai seorang anak...
SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU..
disini saya titipkan lirik lagu anak soleh...
hayatilah lirik nya...
jangan la menidakkan perasan anda pada ibu bapa anda.....


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku



Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Sunday 20 February 2011

FIRST TIME

maybe ade yang pelik kn bila nama tajuk kali ini first time...
kisah nye begini...ari ini bersamaan 20/02/2011..
lynn baru buat blog...majoriti mesti da ade blog kn...
huhu...kira lynn nie orang yang lambat la kn...
mule-mule buat blog nie rase macam nak marah pun ada coz nk edit tu
huh....HANYA TUHAN JE YANG TAU,...tp setelah berusaha atas
nasihat kawan-kawan juga..akhirnya ini la blog ku....